Hendaklah kamu memakai wangi-wangian ISTIGHFAR supaya bau-bauan DOSA tidak membuka keaiban kamu....

السلام عليكم ورحمة الله

السلام عليكم ورحمة الله

Saturday, 23 April 2011

Stock Pati Perfume 3ML untuk akhir bulan 6 (terhad 100 botol sahaja)




Untuk stock akhir bulan 6 ini juga,saya juga menyediakan pati minyak wangi
(asli tanpa kandungan alkohol)
sebotol murah aje..kalau kedai-kedai biasa mungkin RM10,tapi saya hanya menjualnya dengan harga yang lebih mesra pelanggan,hanya RM7 sahaje...^_^
Cepat-cepat,stock terhad untuk 100botol sahaja...
RUGI WOOOO KALAU TAK BELI~!! (^^,)
untuk melihat contoh pati itu,sila rujuk gambar di bawah ini :















dan saya juga membekal pati minyak wangi bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar persendirian..dengan 100 jenama(insyaAllah) perfume antarabangsa..
jenamanya seperti berikut :

perempuan....
1.Escape, Calvin Klein
2.Pleasure, Estee Lauder
3.Apple Blossom, Body Shop
4.Cool Water for Women, Davidoff
5. Eternity for Women, Calvin Klein
6. Envy, Gucci
7. Intense, Hugo Boss
8. Sunflower, Elizabeth Arden
9.Women Boss, Hugo Boss
10.CK Be, Calvin Klein
11.Hugo Boss, Femme
12.Burberry Weekend
13.Nina Ricci,Love in Paris
14.Britney Spears,Fantasy
15.Euphoria Women
dan pelbagai lagi......

lelaki.....
1.Blue Jeans, Versace
2.CK One, Calvin Klein
3. Eternity, Calvin Klein
4. Polo Sport, Ralph Lauren
5. Burberry Touch men
6. Issey Miyaki, Issey Miyaki
7. Hugo Men, Hugo Boss
8.Pour Homme, Paco Rabbane
9.Boss Signature, Hugo Boss
10.Tuscany per Uomo, Aramis
11.Dunhill Desire Blue/Red
12.Giorgio Armani,Acqua di Gio
13.Armani Code,Summer,Summer Mania
14.Bvlgaria Pour Homme
15.Davidoff,Silver Shadow
dan pelbagai lagi..............

untuk sebotol pati perfume 3ML : RM7
untuk sebotol  pati perfume 5ML : RM 12
untuk sebotol pati perfume 8ML :RM18

hanya untuk belian 48 botol ke bawah sahaja..!

DAN 
untuk belian melebihi 48 botol ke atas,saya akan bagi diskaun RM2 untuk setiap botol...
amacam??murahkan??berminat tak??anda boleh menjadi pengedar perfume secara persendirian @ anda juga boleh membuka kedai perfume sendiri...!! 
 KALAU LEPASKAN PELUANG YANG SAYA BAGI NI,RUGI WOOO~~!!

DAN
perhatian juga untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi pemborong pati perfume dalam jumlah yang banyak,saya juga menyediakan pati perfume dari 250ML/500ML/1000ML
dengan harga yang berpatutan...bagi sesiapa yang berminat,bolehlah menghubungi saya terus ke talian +20115012925@tinggalkan saja komen anda di blog ini..syukran,wassalam..


gambar pati perfume di kilang



Stock Perfume Original reject untuk akhir bulan 7 (terhad 80 botol sahaja)



Di sini saya ada menjual beberapa jenama
minyak wangi yang original tapi reject.
Saya rasa anda pasti tahu mengenai minyak wangi ini yang baunya berkali-kali ganda hebatnya
dari yang boleh anda dapati di pasaran.

Apa yang saya berani kata, ianya adalah murah, berkualiti dan
amat mengharumkan.Kami jamin wangian ori ini mampu mengatasi masalah anda.
Semua jenama ada untuk lelaki & perempuan insya'ALLAH.


SOALAN-SOALAN LAZIM YANG DI TANYA OLEH PEMBELI _________________________________________________________

1. Ada ke Perfume original ’Reject’??Kenapa ’Reject’??
Ada 3 punca kenapa di kategorikan sebagai ’Reject’

i) Kecacatan (defect) Kecil dari Kilang
- Defect yang biasa berlaku pada Botol iaitu tulisan yang kurang jelas.

ii) Fault (Ketidaksempurnaan) dari penghantaran melalui Cargo/Shipment
- Perfume-perfume yang dihantar semuanya diimport (oversea) dari negara-negara Eropah dan U.S.A
- Tidak semua bungkusan (packaging) yang diterima sempurna,kadang kala mengalami kecacatan serta tidak sesuai dijual/pamerkan di kaunter.

2. Macam mana nak tau perfume itu ORI/Tulen atau tidak??
Ada 2 cara/langkah yang paling efektif untuk membuktikan ORI/Tulen nya perfume yang dibeli.
i) Goncangkan botol perfume 180 darjah ke kiri dan ke kanan. Buih-buih HALUS yang mengewap ke bahagian atas permukaan cecair perfume dapat dilihat dengan jelas. Buih-buih tersebut bukanlah buih-buih udara tetapi lebih kepada molekul-molekul halus aroma perfume tersebut.
ii) Semburan di kertas juga dapat membantu pembeli untuk membezakan ORI/Tulen atau tidak. Jika semburan perfume di kertas tersebut ada meninggalkan kesan atau kelihatan seperti basah,ia adalah yang ORI/Tulen dan sebaliknya jika kering.

3. Kenapa tidak ada kotak??

Ini disebabkan oleh produk ini dinamakan sebagai loose perfume (tanpa kotak) dan yang paling penting dapat mengurangkan duti import. Jika disertakan dengan kotak pembeli tidak akan mendapat harga seperti ini.


4. Kebanyakkan perfume ada alkohol,boleh ke digunakan untuk sembahyang??

Boleh, rujuk kepada Fatwa Kebangsaan 1985 berkenaan alkohol.


Bukti perfume original?
Bukti utama perfume original adalah "BAU" .
1)Peringkat pertama - Kali pertama spray - bau agak pekat .

2)Peringkat ke2 - tunggu beberapa minit then bau sebenar perfume akan muncul .

3)peringkat ke3 - selepas 1 jam ( lbh kurg ) .. bau akan berubah kerana perfume mula bercampur dgn bau badan .. bau akan menjadi semakin wangi . peringkat ke 3 ini lah yg membeza kan perfume itu ori or not .perfume tak ori tidak akan bercampur dgn bau badan

Berapa Lama Ketahanan Perfume?

Ketahanan bau perfume berbeza mengikut brand , kesesuaian pemakai dgn perfume dan juga cara pemakaian .

Brand : cth , diantara brand dunhill , xcentrix adalah perfume yg paling tahan lama .

kesesuaian kulit dgn perfume : cth ; bagi perokok .. amat lah sukar mencari perfume yg tahan lama .begitu juga untuk seseorang yg aktif .dikata kan brand polo antara yg sesuai bg perokok and seseorg yg aktif .

Cara Pemakaian : salah 1 cara : selepas di spray di pergelangan tangan , jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah ..ini akan menyebabkan perfume menjadi kurang tahan lama .

p/s : perfume perempuan biasanya lebih tahan lama dari perfume lelaki kerana kandungan perfume yg lebih digunakan pada perfume perempuan.

nak tak?kalau nak,tgk harga yang saya tawarkan di bawah ini.....
(harga yang amat berpatutan untuk mereka yang berminat nak guna perfume original tp tak cukup budget nak beli di kaunter-kaunter)..original 100% egyptian potion (made in france)




DUNHILL DESIRE BLUE 100ML : RM 120
DUNHILL PURE 75ML/50ML : RM 90/RM70
DUNHILL BROWN 75ML/50ML : RM85/RM65
 DUNHILL FRESH 50ML : RM70



HUGO BOSS SELECTION 100ML/50ML : RM120/RM70
HUGO BOSS FEMME 75ML/50ML : RM80/RM65
BOSS BY HUGO BOSS 100ML/40ML : RM80/RM35




BURBERRY WEEKEND FOR MEN 100ML/50ML : RM85/RM50
BURBERRY TOUCH FOR MEN/WOMEN 100ML/50ML : RM80/RM45
BURBERRY BRIT 50ML : RM45





GIORGIO ARMANI ACQUA DI GIO 100ML : RM90
ARMANI CODE 75ML : RM80
ARMANI CODE SUMMER : RM70
ARMANI SUMMER MANIA 75ML : RM70
ARMANI MANIA 100ML/50ML : RM80/RM50













S.T. DUPORT PARIS 100ML : RM85
AZZARO VISIT 100ML : RM90
NINA RICCI LOVE IN PARIS 100ML : RM100
HUMMER 100ML : RM80
BVLGARIA POUR HOMME 100ML : RM100
Y.S.L 60ML : RM70
POLO BLACK 50ML : RM70
    DAVIDOFF SILVER SHADOW ALTITUDE 100ML : RM100
C.D HIGHER ENERGY 7ML : RM 65
SANDER FOR MEN 100ML : RM 80


dan pelbagai jenama lagi...untuk apa-apa pertanyaan,sila kemukan komen anda di bawah ye...syukran,wassalam ^_^


Gambar-gambar di sekitar kiLang perfume(egypt)


sebahagian pati-pati perfume yang berasal dari france



tahun depan saya ingat nak borong kesemuanya...hihihiii ^_^



made in france..harga sebotol(1KG) dalam lingkungan rm 300-rm500
(bergantung kepada jenama perfume)


proses mengisi perfume dalam botol

my 'tokey'(ahmed) sedang mengisi perfume

pelbagai jenama..kalau nak,order je..^_^




perfume yang sudah terisi di packing dalam kotak...
kalau nak yang ni,kena check stock dulu...
kalau bernasib baik,dapatlah yang berkotak kerana ianya terhad...!!
yang banyaknyer perfume aje(unboxed)...

Tuesday, 19 April 2011

Minyak wangi boleh membuatkan Jin muntah??




Minyak wangi boleh membuatkan jin muntah. Bau wangi merupakan santapan roh. Ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia.


Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya. Manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Minyak wangi yang disapu pada hidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah. Jin yang mengganggu akan mengeluh minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah di antara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.

Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi. Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut.

Di dalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.

Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat Al-Quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping.

Wallahu'alam..

Sunday, 17 April 2011

Personaliti melalui minyak wangi

Posted in TIPS MINYAK WANGI on Feb 16, 2011





Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-
BUNGA-BUNGAAN :- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.
BUAH-BUAHAN :- Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.
OCEANIC :- Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !
ORIENTAL :- seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.
KAYU-KAYAN :- wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.

Mengenal perfume tiruan(versi indo)

 
 
 
 
Posted by dhenique at Wednesday, April 28, 2010
 
 
Setiap orang harus memiliki banyak koleksi parfum, mereka memakainya secara bergantian berdasarkan situasi, acara, dan suasana hati. Biasanya parfum bagus cenderung mahal. Sayangnya saat ini banyak parfum palsu yang beredar di pasaran, sehingga terkadang harga tinggi bukan lagi merupakan jaminan kualitas. Itulah mengapa kamu harus berhati-hati saat membeli parfum.

Ada beberapa cara untuk mengenali keaslian sebuah parfum. Cara termudah adalah meminta sertifikat jaminan kualitas pada penjual parfum. Namun sayangnya kamu tidak selalu bisa untuk melakukan hal ini, sehingga kamu harus melakukan cara lain untuk mengenali keaslian parfum
yang akan kamu beli.

Kemasan
Pertama-tama sebelum membeli parfum, kamu harus memperhatikan dengan jeli kemasan parfum tersebut. Pada parfum palsu akan perbedaan yang mencolok akan ditemukan pada kemasan parfum, misalnya tulisan pada merk yang terlalu kecil atau samar. Selain itu kemasan harus kuat dan terbuat dari karton atau kertas kualitas baik. Biasanya parfum asli terbungkus dalam kemasan yang tipis dan menarik, plastik kotak terbalut rapi, tidak pernah melebihi ukuran kotak, dan tidak pernah ditemukan adanya bekas pengeleman.
Untuk memerangi pemalsuan beberapa produsen tidak menggunakan plastik untuk mengemas parfum, mereka lebih menekankan pada kemasan asli dan botol. Pada parfum asli biasanya memiliki kemasan botol yang dengan sengaja dibuat seindah mungkin, hal ini bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan,karena itulah mengapa parfum asli memiliki harga yang sangat mahal. Disisi lain, kemasan botol yang unik umumnya tidak ditemukan pada parfum palsu,hal ini terjadi karena proses pembuatan tiruan botol parfum asli itu terlalu rumit.

Informasi Dalam Kemasan
Hal yang tak kalah pentingnya bahwa kamu harus teliti saat membaca informasi yang tercantum dalam kemasan parfum, misalnya tentang nama dan rincian kandungan parfum. Biasanya para produsen parfum palsu menambahkan informasi ekstra dalam kemasan parfum mereka. Misalnya kamu akan menemukan kata Best Winter yang seharusnya Cool Air, Genzo bukan Kenzo. Botol parfum asli selalu berisi informasi tentang negara produksi, tanggal pembuatan, tanggal kadaluwarsa, dan komposisi produk.

Barcode
Barcode pada French Parfum dimulai dengan angka 3, Inggris 50, Jerman 400-440, Spanyol 84, Italia 80-83, Perancis 30-37, Amerika Serikat dan Kanada 00-09. Dibagian bawah barkode, kamu dapat melihat nomor seri yang berupa kode huruf dan angka, nomor seri tersebut harus sesuai dengan kode yang tercetak pada botol.

Botol
Botol parfum asli biasanya bersih dan transparan, tidak boleh terlihat kasar. Parfum asli tidak boleh memiliki tutup logam, pada kontak parfum kamu akan dapat mencium bau parfum yang tersimpan dalam botol. Selain itu botol parfum asli juga tidak bisa begitu mudah dilepas karena bisanya terlindung oleh aplikator dari cincin logam. Warna cairan parfum asli biasanya jernih berkisar antara kuning pucat hingga gelap. Sebaliknya, cairan pada parfum palsu akan berwarna cenderung kehijauan,biru muda, merah muda, atau ungu.Jika kamu menemukan parfum dengan merk terkenal yang memiliki ciri-ciri seperti itu berarti parfum yang kamu dapatkan itu adalah palsu.

p/s : kebiasaannya perfume yang tiruan akan berbuih banyak apabila di goncang botolnya..^^,


sumber : http://www.cewek.info/2010/04/jeli

Hukum ‘Perfume' Alkohol






SOALAN
hamka rashid <hj_hamka@yahoo.co.uk> wrote:
salam..
   mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..

syukran
JAWAPAN SOALAN ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)
Jawapan seperti berikut :-
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk
Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris  melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

Sekian,
Ust Zaharuddin
6 Feb 2007
18 Muharram 1428 H


sumber : www.zaharuddin.net